Cabaran 2014
Assalamualaikum wbt. warga pembaca dari seluruh dunia,
2014 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi saya di mana:
1. Tesis saya masih lagi pending. Di kala ramai kawan-kawan telah melengkapkan tesis mereka sekaligus berjaya dalam melengkapkan Program Master mereka, saya sedikit cemburu tetapi tetap bersemangat dan saya sering berdoa setiap hari agar perjalanan saya dipermudahkan dalam mengenggam ijazah sarjana pada tahun ini juga 2014.
Saya terikat dengan SLAB UniMAP dan telah melaporkan diri pada 8/1/2014 dan pada bulan Feb 2014, saya sudah mendapat tugas untuk memberi lecture dalam subjek Organizational Behavior.
Saya teruja dan ikhlas dalam memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar saya dan megharapkan agar mereka faham segala yang saya sampaikan ketika di kuliah.
2. Saya dan suami ada membeli rumah di Jitra tetapi ada sedikit cabaran dalam mendapatkan sedikit lagi $$$ sebagai deposit untuk pembelian rumah tersebut. Saya bukanlah seorang yang suka berhutang. Malah tidak sedikit pun ingin menyusahkan kerja orang lain. Di kala ini, kami akui belum layak untuk mendapatkan personal loan kerana saya masih lagi dalam tempoh mendapatkan surat senat dari UUM setelah tamat pengajian nanti. Jadi, rakan-rakan di luar, sekiranya anda ingin membeli rumah, lakukan R&D anda sendiri dahulu sebelum membuat keputusan. Sebaiknya fikirkan tahap kemampuan diri dahulu. okai?? :)
Tetapi, di sebalik ujian yang Allah taala berikan pada saya, terselit juga perkara indah yang berlaku dalam hidup saya iaitu mengandung. Pada saat ini, kandungan saya sudah mencecah 7 bulan. Allah Maha penyayang kan? Saya bakal due pada 20 Mei 2014 nanti. Semoga anak ini membawa sebanyak-banyak kebaikan kepada kami sekeluarga dan orang sekeliling. Kadang-kadang, boleh lupa masalah bila anak ni syok menendang-nendang.
Syukran Jazilan
Wassalam
http://adf.ly/?id=6369816

Comments
Post a Comment