Hak Mengundi
2/5/2013 Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Bila terpandang tarikh 2/5/2013, maksudnya ketibaan tarikh 5/5/2013 a dalah tidak lama sahaja lagi. Suasana politik negara semakin meriah atau boleh juga dikatakan panas dengan saingan sengit kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang. Pastinya di kalangan kita yang menjadi penyokong antara keduanya mahupun tidak berpihak kepada mana-mana parti dan itu adalah terpulang kepada masing-masing. Facebook adalah salah satu medium yang paling laris digunakan untuk berkempen (dan boleh juga dikatakan tempat untuk mengutuk dan memfitnah sesama sendiri yang jelas memberi implikasi buruk). Saya menyeru kepada semua untuk sentiasa menjaga adab berbicara kerana bahasa menunjukkan budaya. Bahasa yang elok melambangkan jati diri seseorang. Undi adalah hak semua warganegara Malaysia. Undilah dengan penuh rasa tanggungjawab. Untuk lebih adil, kita boleh menon...