Hak Mengundi
2/5/2013
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Bila terpandang tarikh 2/5/2013, maksudnya ketibaan tarikh 5/5/2013 adalah tidak lama sahaja lagi.
Suasana politik negara semakin meriah atau boleh juga dikatakan panas dengan saingan sengit kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang.
Pastinya di kalangan kita yang menjadi penyokong antara keduanya mahupun tidak berpihak kepada mana-mana parti dan itu adalah terpulang kepada masing-masing.
Facebook adalah salah satu medium yang paling laris digunakan untuk berkempen (dan boleh juga dikatakan tempat untuk mengutuk dan memfitnah sesama sendiri yang jelas memberi implikasi buruk).
Saya menyeru kepada semua untuk sentiasa menjaga adab berbicara kerana bahasa menunjukkan budaya.
Bahasa yang elok melambangkan jati diri seseorang.
Undi adalah hak semua warganegara Malaysia.
Undilah dengan penuh rasa tanggungjawab.
Untuk lebih adil, kita boleh menonton, membaca dan melayari internet yang pro kerajaan serta pro pembangkang dan penilaian boleh dibuat dengan bijaksana dengan membuat perbandingan bijak tanpa rasa emosi dan berat sebelah.
Bersikap neutral dalam pembacaan dan maklumat yang diperoleh membantu kita untuk berfikiran waras dan di luar kotak.
Saya tidak bersetuju dengan idea memboikot media perdana dan juga media pembangkang.
Kedua-duanya adalah sumber maklumat untuk difahami.
Semoga Malaysiaku aman makmur dan mempunyai kerajaan yang baik serta pembangkang yang dapat berfungsi sebagai check and balance untuk kemajuan dan keamanan negaraku yang tercinta ini.
Selamat mengundi.
Ikhlas dari generasi Y.
Wassalam.
Comments
Post a Comment